Sebentar tadi saya singgah minum segelas teh tarik di sebuah kedai mamak di Serdang. Agak sudah lama juga saya tak masuk kedai ni, lebih kurang 5 enam bulan. Bila masuk hari ni, saya rasa amat pelik sikit.
Kenapa tak peliknya, saya duduk di satu meja dan minta teh tarikh. Sambil tunggu teh tarik siap, saya pandang sekeliling. Apa yang saya nampak meja depan saya ada empat orang pemuda Bangla, meja depan sebelah kanan pun empat orang Bangla juga.
Dalam hati kata hei macam duduk bukan kat Malaysia. Apa dah jadi dengan undang-undang pekerja asing negara Malaysia? Buruh asing dibiar bebas bergerak. Sedangkan setahu saya buruh asing yang datang ke Malaysia tertakluk pada undang-undang. Mereka tidak boleh bebas bergerak melainkan untuk urusan kerja sahaja dan perlu dipantau oleh majikan. Ini boleh mengganggu kestabilan keselamatan negara.
Fikir-fikirkan lah!
No comments:
Post a Comment