Monday, July 20, 2009

Berjimat Dengan Masak dan Makan Di Rumah

Saudara/saudari pembaca yang dikasihi sekalian.

Sedarkah kita bahawa makan diluar iaitu di kedai-kedai kopi, kantin dan restoran merupakan satu daripada faktor penting yang meningkatkan perbelanjaan harian dan seterusnya bulanan kita?

Mari kita renung dan semak, berapakah purata sebulan yang telah dihabiskan untuk makan di luar terutama waktu selepas kerja?

Kalau waktu kerja mungkin sukar untuk elak daripada makan di luar. Tetapi ramai yang terbawa-bawa dengan tabiat makan di luar setelah habis bekerja.

Sebenarnya, jika diteliti, makan dengan memasak sendiri di rumah jauh lebih murah dan jimat daripada makan di luar.

Selain jimat, kebaikan lain seperti kebersihan, kuantiti, tidak membazir serta lebih berkat.

Jadi kalau saudara ingin mengurangkan sedikit perbelanjaan bulanan, maka antara caranya ialah mengubah cara hidup dengan mengurangkan tabiat makan di luar.

No comments: