Dapatkan satu lagi tips untuk jimat belanja dengan cara Sorok Duit Dalam Dompet.
Biasanya kita masukkan duit di dalam wallet ditempat yang mudah kita nampak dan ambil. Kalau seratus, seratuslah, kalau tiga ratus pun tiga ratus la.
Bila kita nak belanja dan menentukan apa yang kita nak beli, minda kita akan terikat dengan jumlah duit yang ada dan yang kita nampak ada di dalam wallet kita.
Katakan kita bawa duit sebanyak RM200 untuk membeli sebuah jam tangan. Oleh kerana kita letak duit tadi di bahagian yang kita boleh nampak kesemua RM200 maka fikiran kita untuk beli jam pun dengan bajet RM200.
Padahal mungkin kita cuma perlukan jam yang berharga RM150 ke bawah. Tapi dengan meletakkan kesemua duit RM200 tadi dibahagian mudah nampak maka besar kemungkinan kita akan beli jam yang berharga sama atau hampir RM200.
Kita tahu lagi banyak wang yang kita bawa di dalam wallet, lagi banyak kita akan berbelanja tanpa kawalan sebaiknya. Jadi untuk mengawalnya, kita masih boleh bawa wang yang lebih TETAPI SOROKKAN ia di dalam wallet kita.
Balik kepada contoh tadi, lipatkan wang RM50 dan letakkannya dicelah bahagian yang sukar kita nampak seperti dicelah antara MyKad dan lesen memandu. Pada permulaan memang kita tahu dan ingat benar duit kita masih RM200.
Tetapi makin lama kita biarkan di situ, kita akan terlupa dan seterusnya kita ingat jumlah wang di dalam wallet kita sebanyak yang kita nampak sahaja. Dengan itu kita berjalan atau keluar untuk berbelanja dengan bajet bukan lagi RM200 dengan tapi bajet RM150.
Walau bagaimanapun jika kita berhadapan situasi tidak cukup atau kekurangan duit untuk membeli barang yang sangat perlu, maka pada masa itu kita akan teringat duit kita RM50 lagi masih ada dicelah wallet kita.
Jimatkan! Jadi cuba amalkan sorok duit di dalam wallet. Saya sudah amalkan cara ini dan ternyata berkesan.
No comments:
Post a Comment