Tuesday, January 13, 2009

Tips kedua untuk jimat belanja

2. Berbelanja ikut Keperluan bukan ikut Keinginan atau Kemahuan

Berbelanja ikut KEPERLUAN dan bukan ikut KEINGINAN/KEMAHUAN dapat menjimatkan perbelanjaan hidup kita.

Belilah barangan yang sangat perlu terlebih dahulu dan diikuti yang agak perlu. Elakkan daripada membeli barangan yang kurang dan tidak perlu.

Mengenal pasti barangan yang perlu.
Kita yang lebih tahu keperluan kita. Jika sesuatu barang tertentu tidak ada, kita akan bermasalah, akan hadapi kesulitan dan tidak dapat tunaikan aktiviti asas kehidupan.

Mahu tidak mahu kita kena beli barangan berkenaan. Jika belum cukup duit, kita kena kumpul sehingga cukup untuk membelinya.

Mengenal pasti barangan yang tidak perlu.
Barang yang tidak perlu ialah barangan yang kita cuba mendapatkannya kerana bukan sebab keperluan akan barangan tersebut tapi lebih kepada kerana inginkannya.

Keinginan akan sesuatu barangan adalah lebih dipengaruhi oleh faktor emosi. Sebagai contoh ingin kerana barangan tersebut cantik, murah, dimiliki oleh kawan-kawan rapat kita, mempamerkan kemampuan kita dan lain-lain lagi.

Elakkan daripada membeli barangan yang tidak diperlukan. Simpan wang kita kerana pada masa akan datang ada keperluan barangan lain yang terpaksa kita beli.

1 comment:

Apai FX said...

satu artikel yang menarik