Peribahasa lama 'Biar Papa Asal Bergaya' sudah tidak boleh dipakai lagi. Banyak yang buruk daripada baik terkandung dalam peribahasa tersebut. Siapa yang menciptanya dan bagaimana ia diciptakan?
Apakah niat sebenarnya di sebalik penciptaan peribahasa itu? Mungkin sekadar main-main. Atau mungkin untuk memerangkap masyarakat kita dahulu supaya hidup tidak menyimpan. Apabila papa senanglah bangsa lain terus menjajah dan memerintah kita.
Kini tiba masanya kita mengamalkan peribahasa baharu 'Biar Biasa Asal Kaya'. Biarlah orang melihat kita hidup dengan gaya yang biasa dan tidak nampak mewah asalkan kita mempunyai cukup atau lebih duit untuk meneruskan hidup dan melaksanakan tanggungjawab kita.
Jika kita ada duit lebih, tak perlulah kita menunjuk-nunjuk. Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan. Lebih elok kalau kita rancang untuk menjadikan modal berniaga supaya bangsa kita tidak hanya menjadi bangsa yang tahu membeli dan mengguna sahaja.
Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Penyakit bongkak, sombong, meninggi diri dan menunjuk-nunjuk banyak mengena orang-orang yang berilmu dan berduit.
Elakkan dan cegahlah diri daripada penyakit tersebut. Kalau sudah terkena, rawatlah segera.
Mari kita amalkan peribahasa Biar Biasa Asal Kaya.
No comments:
Post a Comment