Monday, March 2, 2009

Akibat Kad Kredit

Memang tidak dinafikan kad kredit memberikan banyak kemudahan. Yang jelas semua orang nampak ialah kemudahan untuk berbelanja. Bayangkan tidak ada duit tunai di tangan pun kita boleh berbelanja!

Hebat! Itulah antara idea utama mengapa terciptanya kad kredit. Untuk membolehkan orang berbelanja tanpa membawa wang. Mudah. Sungguh mudah.

Sepatutnya kemudahan itu kita gunakan untuk kesenangan dan pelbagai manfaat seperti selamat, jimat masa, lancar urusan. Tapi sayang keburukan utama kad kredit pula ialah ia menyebabkan orang terpedaya dan tidak dapat mengawal keinginan untuk berbelanja.

Dengan menggunakan kad kredit, kita sering terlupa mengukur tahap kemampuan kita. Kita tidak perlu mengukur jumlah yang kita mampu. Kad kredit bisa menyelesaikannya.

Kesudahannya banyak yang sengsara disebabkan menggunakan kad kredit salah cara. Ramai yang gunakan untuk tujuan berhutang. Bukan untuk memudahkan urusan atau transaksi.

Jika saudara menggunakan kad kredit, semak adakah ia digunakan dengan cara dan tujuan yang betul.

Ingat! Banyak yang merana akibat kad kredit.

1 comment:

kueh bakar said...

yup...btol...jgn guna kad kredit bile benar2 perlu sahaja...