Ramai yang risau dengan senario semasa politik di Negara kita Malaysia. Isu seperti soal pengurangan atau penguncupan kuasa politik Melayu sudah dibangkitkan dalam akhbar-akhbar dan kedengaran juga suara oleh ahli parlimen.
Kita pun berharap perkara ini akan dapat ditangani melalui pilihan raya yang diadakan empat atau lima tahun sekali. Dan kita pun menunggu-nunggu tarikh itu tiba nanti.
Tahukah kita lima tahun itu tempoh yang lama? Mengapa kita tidak cuba lakukan sesuatu pada masa ini juga? Pada hari ini juga? Tindakan kita hari ini boleh merubah kuasa politik negara, tahukah kita?
Tapi, bagaimana? Jawabnya ialah kuasa beli anda!
Renungkan sejenak ke mana saudara-saudari telah belanjakan wang untuk dapatkan barangan keperluan?
Sebenarnya peningkatan kuasa politik bukan Melayu antaranya adalah faktor kemajuan dan perkembangan pesat perniagaan bangsa tersebut. Jadi siapa yang menolong memajukan perniagaan mereka?
Ya sebelum kita bincang jawapannya, yang jelas bangsa bukan Melayu kuat bersatu. Melalui persatuan perniagaan mereka mengumpulkan dana daripada para peniaga sebahagiannya untuk sumbangan kepada politik mereka. Jika besar keuntungan perniagaan maka besarlah sumbangannya.
Seterusnya jika sumbangan untuk kegiatan politik bertambah besar maka kuatlah parti politik berkenaan untuk melaksanakan agenda politik mereka. Sehingga dengan dana sumbangan peniaga, mereka boleh membeli kuasa ahli politik Melayu.
Sebaliknya apabila perniagaan mereka lemah, secara tidak langsung kekuatan politik mereka lemah. Persoalannya siapakah yang membantu perniagaan mereka kuat dan semakin hari semakin maju?
Siapa lagi kalau bukan kita yang bernama orang-orang Melayu! Kita lebih senang berbelanja di kedai-kedai dan menggunakan barangan bukan Melayu. Barangan keluaran orang-orang Melayu dan Islam sendiri kita pandang remeh, pandang sebelah mata.
Sedarkah kita dengan membeli barangan perniagaan bukan Melayu sebenarnya kita telah menolong memajukan perniagaan mereka yang kesannya sama ada kita sedar atau tidak turut memberikan sumbangan kepada peningkatan kuasa politik mereka?
Padahal kita boleh mendapatkan banyak barangan keperluan di kedai-kedai dan keluaran orang Melayu Islam. Yakinlah jika semua kita sedar akan perkara ini dan bertindak mengutamakan barangan keluaran dan jualan orang Melayu, kita akan dapat mengembalikan penguasaan Melayu dalam politik negara.
No comments:
Post a Comment