Portal Rasmi Kerajaan Malaysia (myGovernment) ialah sebuah portal yang menghubungkan perkhidmatan dalam talian (online) pelbagai agensi kerajaan pada suatu tempat.
Dari sana pengunjung akan lebih mudah mencari perkhidmatan kerajaan yang diinginkan. Bagi anda yang biasa atau pernah mengakses portal tersebut, iaitu melalui www.gov.my tentu dapat memahami apa yang terkandung di dalamnya.
Namun, pada 27 April 2009, Kerajaan telah melancarkan Portal myGovernment versi dan wajah baharu. Alamat portal juga telah ditukar kepada www.malaysia.gov.my.
Walau bagaimanapun, alamat dan portal lama masih boleh diakses bagi tempoh seminggu lagi. Selamat menggunakan malaysia.gov.
No comments:
Post a Comment