Berapa banyakkah duit kita daripada gaji bulanan kita? Atau dengan soalan lain, berapakah bahagian kita yang sebenarnya daripada pendapatan bulanan kita?
Bagi yang bekerja makan gaji, setiap kali dapat gaji kita tentu rasa duit kita banyak kan? Lagi besar gaji, lagi banyak kita rasa. Bukan begitu?
Perbelanjaan kita pun turut dipengaruhi oleh perasaan kita. Bila kita rasa duit banyak, kita jadi kurang berhati-hati atau kurang berkira sewaktu berbelanja. Duit banyak katakan. Senang cakap, kita pun boros sikit lah!
Sebab itu ramai yang 'pokai' bila dekat hujung bulan. Jadi untuk nak elak situasi demikian berlaku, elok kita kawal perbelanjaan. Bagaimana?
Caranya begini lebih kurang. Kita perlu buat anggaran belanjawan bulanan bagi setiap perkara. Mula-mula untuk perkara-perkara yang perlu seperti sewa atau ansuran rumah, ansuran kereta, bil-bil utiliti dan sebagainya. Perkara tersebut kalau kita tidak selesaikan, tidak boleh, mesti selesaikan.
Kira berapa anggaran jumlahnya. Lepas itu diikuti dengan jumlah perbelanjaan lain seperti beli buku, majalah, surat khabar, dan sebagainya. Akhir sekali campurkan kedua-dua jumlah tersebut menjadi anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan bulanan.
Kira berapa baki pendapatan kita selepas ditolak dengan anggaran jumlah perbelanjaan. Angka yang kita dapat itulah sebenarnya duit yang kita ada. Nak buat apa-apa pun dengan duit itulah. Nak simpan kah atau nak dihabiskan tak kisahlah. Ikut suka lah sebab yang penting perbelanjaan tetap sudah kita peruntukkan siap-siap.
Baki tadi, kalau banyak, banyaklah, dan kalau sikit maka sikitlah. Tak lah lagi kita ikut rasa-rasa duit kita banyak. Kalau baki masih banyak, sebenarnya ia banyak. Begitulah sebaliknya.
Jadi rajin-rajin lah semak dan kira berapa anggaran perbelanjaan bulanan kita supaya tidak pokai hujung bulan. Hati senang, hidup ceria, keluarga pun bahagia.
No comments:
Post a Comment