Ramai yang sudah tahu berniaga lebih lumayan pendapatan daripada makan gaji. Ramai yang menghadapi masalah hutang ialah golongan yang makan gaji.
Berhutang orang yang makan gaji ialah berhutang dalam keadaan terpaksa. Kalau tidak berhutang hidup jadi susah. Nak beli kereta kena hutang, beli rumah kena hutang, beli peralatan rumahpun banyak yang berhutang.
Tetapi lain pula dengan berhutang orang kaya. Mereka berhutang bukan kerana tak mampu nak beli tunai, tapi kerana hendak hidup lebih mudah. Orang kaya mampu beli barang tunai, tapi mereka lebih suka guna kad kredit.
Dengan kad kredit tak payah bawa duit tunai. Orang makan gaji pun boleh pakai kad kredit bukan? Jadi apa beza orang kaya yang biasanya berniaga, dengan orang makan gaji?
Ya bezanya, orang kaya setiap bulan akan bayar habis hutang kad kredit yang dipakai untuk bulan sebelumnya. Pada orang makan gaji pula, yang banyak berlaku, tak mampu bayar habis amaun yang telah dipakai.
Maka jadilah status orang berhutang. Bulan ke bulan, hutang makin bertambah. Hidup pun makin terbeban. Mahu tidak mahu, hidup mesti diteruskan.
Jadi apakah orang yang berhutang nak terus sengsara hidup dalam berhutang? Kalau nak bebas dari hutang, orang makan gaji mesti kena cari peluang. Cari peluang seperti orang kaya buat - berniaga.
Dengan berniaga, mula-mula secara sambilan, pendapatan dapat ditambah. Duit yang bertambah boleh dibuat bayar hutang.
Jangan cari masalah baru kononnya nak berniaga perlu berhutang buat modal. Itu tidak betul.
Kalau kita ada modal sepuluh ringgit, katakanlah, maka kita mula berniaga dengan jual barang yang modalnya kurang dari 10 ringgit.
Untung yang sedikit kita kumpulkanlah. Lama-lama bertambah modal. Kembangkan lagi perniagaan.
Ingat, jangan cari masalah dengan memulakan perniagaan melalui berhutang untuk buat modal. Mula dengan duit sendiri. Biar pun kecil-kecilan dan untung sedikit tapi sebenarnya kita dapat belajar ilmu selok-belok perniagaan.
Ramai tauke besar bermula dengan berniaga kecil-kecilan. Jangan nak lekas kaya. Sabar.
Insya-Allah berjaya.
No comments:
Post a Comment