Friday, January 23, 2009

Tetapkan Matlamat Jimat Belanja

Buat sesuatu yang menyulitkan memang tidak disukai oleh banyak orang. Sama juga dengan hidup berjimat. Ia memang sukar dan memeritkan kerana banyak keinginan dan kehendak kita terpaksa kita tahan.

Tapi pernahkan kita lihat kesukaran dan cabaran yang dilalui oleh ahli sukan. Rasa tak sanggup kita nak lakukan seperti yang mereka lakukan. Tapi bagi mereka pula perkara itu tidak sesukar yang kita sangkakan. Malah mereka rasa gembira dan semangat melakukan aktiviti latihan.

Kenapa begitu? Ia tidak lain ialah kerana mereka mempunyai suatu matlamat jelas dengan apa yang mereka lakukan.

Kalau kita ada matlamat untuk dicapai, maka kesukaran dapat kita ketepikan demi mencapai matlamat yang kita tetapkan.

Demikian juga kalau kita tak pasal-pasal nak berjimat, sudah tentu sukar untuk kita lakukan. Tetapi jika ada tujuan yang kita tetapkan sebalik berjimat-cermat, maka barulah susah payah kita ada makna.

Katakan kita berjimat cermat untuk menambah bayaran pendahuluan (muka) untuk membeli sebuah kereta kerana kita tahu bayaran muka yang tinggi boleh mengurangkan ansuran bulanan.

Jadi tetapkanlah apakah tujuan yang hendak dicapai untuk kita membuat keputusan berbelanja seraca berjimat-cermat. Pasti usaha berjimat anda lebih mudah dilaksanakan berbanding saja-saja nak berjimat.

No comments: