Belilah barangan keperluan secara tunai. Elakkan daripada membeli secara hutang yang boleh dibayar beransur-ansur.
Dalam amalan perniagaan hari ini yang berlandaskan sistem kapitalis, bagi sesuatu barangan, harga yang dibeli secara berhutang adalah lebih tinggi daripada yang dibeli secara tunai. Perbezaan harga antara belian tunai dan hutang akan menguntungkan peniaga.
Untuk lebih jimat, kita perlu bijak merancang terlebih awal untuk membeli sesuatu barang. Perkara penting dalam perancangan kita ialah untuk mengumpulkan wang secukupnya untuk membeli barangan berkenaan secara tunai. Yang lebih penting ialah kita mesti bersabar menunggu duit simpanan cukup.
Dalam tempoh itu, kita lupakan dahulu tentangnya. Guna apa yang ada dan bersabar sedikit menhadapi kesulitan hidup.
Katakan kita perlukan sebuah mesin basuh baharu kerana yang sedia ada sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Mungkin alat automatiknya rosak tetapi masih boleh digunakan. Kalau kita tidak sabar, kita terus buat keputusan untuk mendapatkan yang baharu. Jika kita mempunyai cukup duit, itu tidak jadi masalah. Yang jadi masalah duit tidak berapa ada.
Pergi tinjau di kedai, yang baharu harganya satu ribu ringgit, katakan. Dan duit kita cuma ada 600 ringgit. Harga 1000 ringgit tadi adalah harga tunai. Bila ditanya tuan punya kedai, sama ada boleh hutang atau tidak, mesti dia jawab OK, tapi harga mahu tinggi sedikit.
Tinggi sedikit...! Berapa...? Lebih-kurang 1200 ringgit. Satu tahun, bulan-bulan cuma bayar 100 ringgit. Jadi dalam tempoh setahun kita telah bayar lebih sebanyak 200 ringgit. Nampak kecil. Tetapi itu amalan yang tidak betul. Sepatutnya kita perlu menambah wang simpanan kita pada setiap tahun, bukannya membazirkan wang dan meneruskan tabiat suka berhutang.
Sebaliknya jika kita bersabar menyimpan sebanyak 100 ringgit sebulan, dalam tempoh empat bulan sahaja dan dicampurkan dengan duit yang sudah kita ada, duit kita kini sudah jadi 1000 ringgit. Dengan duit itu kita boleh pilih macam-macam jenis mesih basuh yang berharga 1000 ringgit untuk dibayar tunai. Tak sakit kepala.
Itu baru empat bulan. Lapan bulan lagi, jika kita terus menyimpan sebanyak 100 ringgit berbanding dengan bayar hutang kepada kedai, nanti kita akan ada tunai sebanyak 800 ringgit.
Dengan sedikit sabar, kita bukan sahaja dapat memiliki mesin basuh baharu tanpa hutang, malah dapat menyimpan duit untuk pelbagai kegunaan lain pada hari depan. Simpanlah duit yang kita dapat jimatkan tersebut!
1 comment:
hi brader mika....teruskan berblog!
tadi saya belanja minum teh tarik...
pasal kedai tu nanti saya pikir bek2...
Post a Comment