Buat pembaca sekalian, kali ini suka saya bicara sedikit berkenaan asam garam rumah tangga agar berguna untuk renungan buat siapa sahaja baik yang sudah bergelar ibu atau bapa atau yang bakal melayari bahtera di samudera rumah tangga.
Ya, hidup berumah tangga umpama perjalanan dalam pelayaran di tengah samudera menuju destinasi bahagia. Entah sampai entah tidak. Nasib bergantung kepada ilmu, hikmah, kebijaksanaan dan kesabaran.
Dalam pelayaran, pasti ketemu ribut yang bakal melanda. Biarpun hati tak putus-putus mengharap sesuatu yang indah dan bahagia dapat digengam bersama, namum harapan sahaja belum cukup menjadi jaminan.
Sebagai bicara pertama mengenai rumah tangga, izinkan saya menyampai secebis nukilan buat tatapan bersama, yang diberi nama gurindam rumah tangga.
GURINDAM RUMAH TANGGA
Tidak kira siapa
kitaran hidup ini ada kesamaan
biarpun tidak dalam semua perkara
Terciptanya mahligai rumah tangga
Asasnya ialah naluri insan
Berpaut pada harapan
Menggapai kebahagian
Saat bermula
Asalnya saling tidak mengenal siapa-siapa
Tiada sayang, tiada cinta
Bila ikatan bermula
Kasihpun berputik
Mengidam bahagia
Akad diucap
Hati berpadu
Bertaut tekad
Semalaman menggeggam mesra
Hari-hari berlalu
Menyusun cinta
Menyulam asmara
Hari-hari berlegar rindu
Menanti hadir insan baru
Lahirlah zuriat
Tanda kasih kuat terikat
Seluruh rumah dan
Seisi yang ada
Menjadi penawar jiwa dan
Penyejuk mata
Tersandar teguh harapan
Agar kukuh kasih sayang
Untuk teruskan bahtera pelayaran
Janganlah kita lupa
Putaran hidup
Sesuatu keadaan
Sentiasa sementara
Buat menduga
Menjadikan jiwa
Kaya dengan pengisian ilmu dan pengalaman
Kental dan matang
Janganlah kita lupa
Pelayaran bahtera rumah tangga
Ada badai ada reda
Bak hari-hari cemerlang
Panasnya hingga ke petang
Namun hari-hari suram
Awan mendung tetiba datang
Hujan menyimbah basah
Dinginnya menggigit sampai ke malam
No comments:
Post a Comment