Wednesday, February 4, 2009

Mari Menyimpan

Salam sejahtera saudara/saudari pembaca yang dihormati.

Mari kita sambung kembali bercerita mengenai bagaimana nak menyimpan.

Berapa banyak pendapatan yang layak untuk kita menyimpan?

Sebenarnya tidak ada had pendapatan minimum untuk kita amalkan menyimpan. Kalau nak tunggu cukup duit, memang sentiasa tak cukup. Yang penting kita kena ambil sebahagian tertentu daripada pendapatan kita.

Kalau pendapatan kita kecil, ambillah sebahagian kecil sahaja yang kira-kira kalau kita ambil tak akan terjejas keperluan kita. Sebagai contoh, katakan pendapatan kita cuma 500 ringgit sebulan, katakanlah.

Daripada 500 ringgit itu cuba kita ambil 10 ringgit sahaja. 10 ringgit tak kan nak simpan dalam bank, tak sesuaikan? Jadi simpan sahaja di tempat tertentu di rumah sahaja. Misalnya kalau kita ada buku yang jarang dibaca, jadikan buku sebagai tempat (bank) sementara kita.

Duit 10 ringgit tadi diletakkan di celah halaman. Bulan berikut tambah lagi di halaman lain pula. Lakukan ini secara berterusan dan jangan guna atau ambil duit simpanan tersebut sehingga satu tempoh tertentu.

Bagi orang yang berpendapatan 500 ringgit sebulan, mendapat tambahan 100 ringgit adalah jumlah yang agak besar. Jadi kalau kita dengan pendapatan cuma 500 ringgit sebulan dan menyimpan secara tetap dengan kaedah letak di celah buku, kira kalau setahun jumlahnya akan jadi RM120.00.

Dengan itu kalau sebelum ini kita cuma dapat 500 ringgit setiap bulan bermula daripada awal tahun hingga ke hujung tahun, tapi dengan menyimpan 10 ringgit berterusan maka hujung tahun kita akan dapat ekstra 120 ringgit. Itu sudah kira bonus.

Lihat itu baru 10 ringgit sebulan. Tapi perlu ingat, walau apa pun berlaku jangan usik duit tersebut. Jika perlu juga cari duit lain supaya kita sentiasa mengekalkan disiplin menyimpan.

Disiplin menyimpan memang sukar pada peringkat permulaan, tapi bila dah biasa dan lama-kelamaan ia akan mudah dipatuhi sehingga akan menjadi tabiat peribadi kita.

Kalau pendapatan 500 ringgit sebulan dapat menyimpan, apatah lagi pendapatan yang lebih besar.

Jadi apa yang perlu kita faham ialah bukan jumlah pendapatan minimum tertentu yang kita peroleh baru kita ingat kita layak menyimpan. Yang penting kesedaran kita dan kefahaman kita akan kaedah dan faedah menyimpan berterusan.

Bak kata pepatah kita sikit-sikit (kalau disimpan) lama-lama jadi banyak. Tapi kalau sikit-sikit (kalau diambil), lama-lama jadi habis.

No comments: