Monday, August 9, 2010

Harga Petrol Naik Sikit Barang Lain Melambung Naik

Baru bulan lepas kerajaan dalam senyap-senyap terpaksa mengumumkan kenaikan harga petrol RON-95 daripada RM1.80 kepada RM1.85 sen seliter.

Tak banyak cuma lima sen sahaja. Rakyat rasa seolah tidak perlu bimbang dengan kenaikan itu. Dengan harapan barangan keperluan lain tidak akan dinaikkan.

Kecuali harga gula yang diumumkan serentak dengan harga baru petrol itu. Harga gula turut naik daripada RM1.65 kepada RM1.90 sekilogram.

Selepas tak sampai sebulan cuba kita lihat apa sudah jadi? Harga gas memasak naik sampai hampir RM3.00 setong. Ada stesen minyak yang jual petrol 97 dengan harga RM2.10 iaitu naik 5 sen daripada harga sebelum ini.

Pada hal masa pengumuman tempoh hari dilaporkan hanya petrol RON-95 sahaja yang naik. Alahai kesian rakyat SATU MALAYSIA.

Memang boleh dikatakan saban tahun apabila hampir menjelang bulan Ramadhan dan perayaan, peniaga-peniaga mencari-cari peluang dan alasan untuk menaikkan harga barang.

Langkah kerajaan SATU MALAYSIA menaikkan harga petrol dan gula pada masa hampir bulan Ramadhan tahun ini telah membuka ruang yang cukup luas buat peniaga menaikkan harga barang-barang keperluan.

Adakah kita masih boleh mengatakan Kerajaan Satu Malaysia adalah kerajaan yang bijak dan berhemah dan mengambil berat tentang nasib rakyat?

Dalam kenaikan harga barangan senyap-senyap menimbulkan persoalan pada rakyat apakah peranan pihak atau Kementerian bertanggungjawab tentang perkara ini?

Dengan rakyat yang semakin tertekan apakah pada Pilihanraya ke-13 nanti Kerajaan Satu Malaysia akan terus mendapat sokongan? Sama-sama kita fikir. Sama-sama kita lihat. Tetapi jangan terperanjat jika beginilah caranya Kerajaan Satu Malaysia menangani nasib rakyat, jangan terperanjat jika pada pilihanraya nanti Kerajaan Satu Malaysia akan rebah tersungkur!

No comments: