Monday, September 20, 2010

Elakkan Letak Telefon Bimbit Di Dalam Poket Baju

Telefon bimbit adalah alat yang sangat perlu pada seseorang. Ia alat yang sangat berguna untuk komunikasi dan kegunaan lain. Menjaga telefon bimbit daripada mengalami kerosakan sangat mustahak dan perlu diberi perhatian. Lebih-lebih lagi yang dibeli dengan kos yang tinggi.

Selalunya telefon bimbit akan cepat rosak apabila kerap terjatuh ke lantai. Antara kecuaian yang mengakibat telefon bimbit terhempas ke lantai ialah meletakkannya di dalam poket (kocek) baju. Iaitu semasa menunduk ke bawah sedang kita terlupa di dalam poket baju kita ada telefon bimbit kesayangan yang baru sahaja kita letakkan di dalam poket baju.

Jadi untuk mengelakkan kejadian yang tidak kita gemari ini menimpa kita, jangan sekali-kali meletakkan telefon bimbit di dalam poket baju. Saya ulang, untuk hendak selamat daripada terjatuh ke lantai, JANGAN SEKALI-KALI letakkan telefon bimbit kita di dalam poket baju.

Mungkin pada masa tertentu kita ingat telefon bimbit kita ada di dalam poket baju semasa hendak tunduk mengambil sesuatu lantas kita tunduk sambil menahannya daripada jatuh. Tetapi pada kali yang lain belum pasti kita teringat. Suatu hari telefon kesayangan kita yang diletakkan di dalam poket baju akan terjatuh ke lantai.

Lebih malang lagi jika ia berulang-ulang berlaku.

No comments: