Memasak nasi satu kerja yang sangat mudah lebih-lebih lagi bila kita menggunakan periuk elektrik. Tapi selalunya apabila kita menyenduk nasi yang baru masak, bahagian bawah nasi sering melekat pada periuk. Padahal ia tidaklah berkerak sangat.
Masalah ini boleh menyebabkan kesukaran untuk kita menggunakan semula periuk untuk memasak. Ia juga boleh menyebabkan pembaziran. Agama Islam sangat mengambil berat tentang pembaziran. Bahkan Ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa membazir itu adalah perangai syaitan.
Bila kita hendak menggunakan semula periuk untuk memasak, kita terpaksa rendam periuk terlebih dulu bagi menaggalkan nasi yang melekat padanya. Lepas itu apa yang kita buat dengan sisa nasi yang tertanggal itu?
Alangkah senang jika nasi yang kita masak tidak terlekat pada periuk. Kalau ada pun sangat sikit. Jadi mudahlah nak digunakan semula.
Jadi bagaimana nak jadikan nasi tidak melekat pada periuk?
Katakan kita memasak menggunakan periuk elektrik. Caranya begini:
1. Apabila nasi sudah masak dan periuk bertukar pada keadaan (mode) suam (keep warm), JANGAN terus buka periuk untuk senduk nasi.
2. Matikan suis elektrik periuk.
3. Tunggu lebih kurang 3 hingga 5 minit. Lebih lama lebih baik.
4. Lepas itu baru buka dan senduk nasi.
5. Nasi kita tidak lagi melekat sangat berbanding dengan kita terus buka periuk selepas masak.
Semasa nasi berada dalam keadaan tertutup dengan bekalan tenaga elektrik kepada periuk diputuskan (suis periuk dipadamkan), proses peruapan berlaku yang menjadikan sentuhan antara nasi dan permukaan periuk semakin renggang.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment