Ramai orang mengalami masalah beban kerja yang banyak. Lebih membebankan lagi ada kerja yang kurang diminati perlu disiapkan ikut masa yang ditetapkan. Untuk melaksanakan kerja sebegini amat mencabar kerana ia memerlukan kekuatan semangat dan disiplin.
Sering tiada semangat untuk melaksanakannya kerana kurang minat, bahkan dibuat secara terpaksa.
Sementara itu rata-rata kita lebih cenderung melaksanakan tugas yang kita suka dan minat. Tugas-tugas yang kita tidak minat dikesampingkan dahulu untuk dilaksanakan bila ada 'mood'. Namun bila hari sudah petang tugas-tugas tadi tidak disentuh pun. Begitulah hari ke hari sehingga membuatkan kita tertekan.
Masalah sedemikian boleh diatasi dengan menggunakan teknik yang dipanggil "Buat Terlebih Dahulu Kerja Yang Kita Tidak Suka". Ia bermaksud pada pagi hari mulakan kerja kita dengan melaksanakan kerja atau tugasan yang 'berat' dan tidak kita sukai terlebih dahulu.
Kita perlu faham bahawa perkara yang paling sukar bagi sesuatu tindakan ialah untuk memulakannya. Tetapi apabila sudah dapat dimulakan itu menandakan kita telah dapat melepasi kesukaran pertama.
Seterusnya 'paksa' diri kita supaya memberikan tumpuan. Jika kita memberikan tumpuan dengan penuh perhatian, dalam lebih kurang 10 hingga 15 minit tanpa sedar kita sudah mula asyik dengan tugasan itu.
Jika anda mengalami situasi seumpaman ini, cubalah teknik "Buat Terlebih Dahulu Kerja Yang Kita Tidak Suka". Saya yakin ada perbezaan anda akan dapat melaksanakan kerja anda dengan lebih berkesan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment