Saya masih ingat lagi pesan cikgu saya sewaktu di sekolah rendah lebih 30 tahun lalu.
Cikgu Hassan beri tahu kalau hendak berjaya hendaklah rajin dan tekun berusaha. Istilah sekarang sering ditakrifkan sebagai kerja kuat (work hard) - berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Baik dalam pengajian dan pekerjaan. Orang yang sanggup bekerja keras, berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh tekun dan sabar akhirnya mendapat kejayaan.
Perhatikan dan renung apakah ada sikap sedemikian pada seseorang yang telah berjaya yang anda kenal?
Jika terdapat kesulitan dan masalah, jangan cepat mengalah kerana masalah adalah lumrah dalam kehidupan. Siapa yang tiada masalah?
Setiap orang ada masalah. Yang membezakan antara orang yang berjaya dengan yang gagal adalah sikap orang berjaya yang tidak jemu berusaha dan tidak mengalah pada masalah.
No comments:
Post a Comment