Friday, July 22, 2011

Cara Mudah dan Berkesan Mengamalkan Makan Madu

Daripada pergaulan saya dengan rakan-rakan yang mengusahakan perniagaan ubat-ubatan herba dan tradisional, saya telah mendapat beberapa pengetahuan berguna khususnya tentang penjagaan kesihatan.

Yang hendak dikongsikan di sini ialah bagaimana kita dapat mengamalkan pemakanan madu lebah sebagai diet kesihatan dengan mudah dan berkesan.

Khasiat madu tidak perlu saya bicarakan lagi. Semua orang sudah tahu. Pun begitu masih ramai yang tidak mengambil manfaat kelebihan madu lebah disebabkan tidak tahu macam mana cara yang betul untuk menjadikan ia berkesan.

Cara yang paling mudah ialah membancuhkan madu dengan air masak atau air mineral untuk diminum begitu sahaja. Tetapi mengikut nasihat rakan yang lebih tahu, beberapa tip berikut perlu dipatuhi bagi memastikan khasiat madu tidak hilang.

1. Gunakan air suhu bilik, bukannya air suam atau panas,
2. Bancuh menggunakan sudu plastik, bukannya sudu jenis logam.

Cara yang lebih mudah lagi ialah menuangkan madu terus ke tapak tangan dan terus menjilat seperti kita menikmati manisan.

Belum cuba tentu belum tahu. Elok dan tidak rugi mencuba. Selamat mencuba dan nikmatilah kelainannya.

No comments: