Masa adalah sumber paling penting. Kita diberikan 24 jam sehari semalam.
Tidak kira apa yang kita lakukan, atau bagaimana cara kita menjalani kehidupan, masa yang kita ada akan hilang.
Yang kita dapat adalah hasil yang kita usahakan. Ada usaha yang mendatangkan hasil segera. Ada usaha yang akan memberikan pulangan pada masa akan datang.
Pembangunan diri dengan pembelajaran berterusan akan mendapat hasilnya pada masa akan datang. Masa yang ada adalah wajar digunakan untuk aktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan diri.
Gunakanlah masa yang terluang dengan membaca bahan-bahan bacaan berfaedah. Jangan biarkan masa yang berlalu dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Kerana apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan nasib kita pada masa akan datang. Atau dengan kata lain, kita pada masa akan datang bergantung pada apa yang kita usahakan hari ini.
Justeru gunakan masa dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment