Bukalah minda anda dengan banyak membaca kerana membaca merupakan cara mudah dan berkesan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Membaca akan membuka minda kita kepada banyak perkara yang belum kita ketahui. Ia turut mempengaruhi cara kita berfikir.
Membaca adalah amalan orang-orang yang berjaya sama ada dalam apa bidang pekerjaan termasuk perniagaan.
Apa yang kita baca pada hari ini mungkin belum nampak hasilnya. Tetapi ilmu yang diperoleh akan mematangkan pemikiran kita.
Belajarlah secara berterusan melalui pembacaan. Minda kita akan sentiasa berkembang seiring dengan proses pengumpulan ilmu dan pembentuk pemikiran kita.
Sesuatu yang dibuat secara terus-menerus akan menjadi tabiat. Jadikanlah membaca sebagai amalan berterusan.
No comments:
Post a Comment